Kesihatan Baset grifon kecil Vendée

The Kennel Club (UK) menjalankan tinjauan kesihatan bagi baset grifon Vendée (kedua-dua keragaman kecil dan besar sekali gus) pada tahun 2004.[5] Kelab Baset Grifon Kecil Vendée Amerika telah menjalankan dua tinjauan kesihatan, yang pertama pada tahun 1994 dan yang kedua pada tahun 2000.[6]

Mortaliti

Purata kelanjutan usia bagi PBGV dalam tinjauan Kelab Amerika 2000 ialah 2.7 tahun (sisihan piawai 3.9).[6] Saiz sampel tidak jelas tetapi seakan-akan 45 ekor anjing. Tiada data kelanjutan usia yang dikumpulkan dalam tinjauan 1994. Tiada juga maklumat tentang punca kematian.

Purata kelanjutan usia bagi 76 ekor baset grifon Vendée (kedua-dua kecil dan besar) yang telah mati dalam tinjauan UK Kennel Club 2004 ialah 12.1 tahun (maksimum 17.3 tahun).[5] Punca kematian paling utama merupakan kanser (33%), usia lanjut (24%), dan masalah jantung (7%).

Berbanding dengan kelanjutan usia baka-baka lain dengan saiz serupa, baset grifon Vendée mempunyai jangka hayat tipikal atau lebih tinggi sedikit berbanding dengan purata.[7] Baka ini, dalam keadaan yang tidak begitu jarang, mampu hidup sehingga umur 14 atau 15 tahun.

Morbiditi

Dalam tinjauan tahun 2000 Kelab PBGV Amerika, penyakit paling umum yang dilaporkan oleh para pemilik 640 ekor anjing merupakan membran anak mata berterusan, jangkitan telinga berulang, hipotiroidisme, nyeri leher, dan epilepsi, yang dirawat dengan ubat-ubatan harian, terutamanya fenobarbital.[6] Pada usia lanjut, ia dapat menghidap masalah mata yang dikenali terutamanya melanda anjing gembala Jerman, dipanggil Panis. Masalah ini dijauhkan dengan menggunakan titisan steroid untuk mata.

Dalam kalangan 209 ekor baset grifon besar dan kecil Vendée yang masih hidup dalam tinjauan UKC 2004, isu kesihatan paling umum yang diperhatikan oleh para pemilik merupakan masalah pembiakan, masalah dermatologi (dermatitis dan tungau), dan masalah pendengaran (otitis luaran, tahi telinga berlebihan, dan tungau telinga).[5] Anjing ini juga terdedah kepada kehelan pinggul oleh sebab badan panjangnya, tungkai pendeknya, dan berat badan yang ditanggung oleh badan dengan saiz sedemikian, pada purata sekitara 15 kg (33 lb).

Rujukan

WikiPedia: Baset grifon kecil Vendée http://www.pbgv.org/ http://www.bgvclub.co.uk/ https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Petit_... https://www.fci.be/Nomenclature/Standards/067g06-e... https://www.westminsterkennelclub.org/breed-result... https://web.archive.org/web/20130813043548/http://... https://web.archive.org/web/20070928123010/http://... https://www.thegoodypet.com/dog-life-expectancy-ca... http://www.thekennelclub.org.uk/item/570 http://www.pbgv.org/PBGVCA/Committee/healthSurvey....